♥ followers ♥

Wednesday, November 30, 2011

For One More Day ♥

assalamualaikum , morning peeps :)
meet again ~


okeng , aku nak syorkan korang baca buku
neh , title : For One More Day ,
karya : Mitch Albom
korang boleh cuba cari kat kedai buku yang besar besar oke ,
buku ni sangat menyentuh hati aku , :'(




ni cover untuk eng ver , untuk  malay  ver cover dia lain
and it more cute and nice :)




:: sinopsis ::



For One More Day , mengisahkan seorang ibu dan seorang anak , sebuah perhubungan  yang tidak berpenghujung , ia membuatkan kita berfikir akan persoalan "Apakah yang akan kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang , yang sudah pergi?"



Semasa kecil Chick Benetto diberi pilihan oleh ayahnya , sama ada untuk menjadi anak ayah atau anak ibu , Dengan itu , Chick memilih untuk menjadi anak ayah . Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari lelaki itu meninggalkan keluarga mereka , Chick yang ketika itu berusia 11 tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula , ibu yang gigih membesarkan Chick dan adiknya sendirian , meskipun Chick begitu mengharapkan kehidupan berkeluarga yang lengkap .



"For One More Day dapat membuat kamu tersenyum , hiba , mengalirkan air mata nostalgia dari mata kamu , dan paling penting ia dapat membuat kamu percaya akan dahsyat kasih sayang seorang ibu" .



p/s : rindu pada arwah mak :'(

No comments: