♥ followers ♥

Saturday, December 8, 2012

I'm sorry

Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Sihat? alhamdulillah.
Aku? not feeling well actually. Sakit sikit,but its okay.
Dont worry. Belum nak mati lagi.
Bila aku mati nanti jangan nangis,jangan rindu.
Aku hanya mintak disedekahkan Al-Fatihah sahaja.
Terima kasih ;')

Okay topic kita today.
"I'm sorry"
Sorry to all my friends okay. Forgive me if I've done anything to you.
Segala percakapan aku minta tidak disalah ertikan ya.
Sesungguhnya memang tiada niat yang buruk di sebalik tiap bait-bait kata yang aku ungkapkan.

Kerana apa yang aku ungkapkan pada kalian adalah tulus dari hati aku.
Sibuk masuk campur hal kalian? bukan sebenarnya.
Aku kalau dah sayang or dah senang berkawan dgn seseorang,
aku akan banyak tanya pasal diri mereka. ohh ya mungkin aku tak patut tanya perkara
yang berunsurkan hal-hal peribadi. Okay aku mengaku itu khilaf aku. maaf.

Aku cuma nak orang-orang senang berkawan dgn aku.
Aku mungkin tak baik. tapi aku cuba untuk menjadi seorang kawan yang baik.
Aku juga mungkin tak menyenangkan pada mata kalian, tapi,
aku telah cuba untuk menjadi seorang kawan yang mudah disenangi oleh kalian.

Aku susun sepuluh jari andai apa yang aku katakan pada kalian telah mencetuskan
perasaan kurang selesa ya. Serious,aku tak sengaja dan aku tak sedar apa yang aku ucapkan.
Maaf dan maaf lagi aku pinta. kiranya sudilah kalian maafkan insan yang tidak sempurna ini ya.
Andai aku pergi dulu. mohon jangan ada yang ungkitkan kekhilafan aku yang dulu.
Kosong-kosong ya. Aku sayang kamu semua. Ingat itu.
Abang Wan, I'm sorry.

Terima Kasih, Assalamualaikum. ;')



p/s: Banyakkanlah mengingatkan perkara yang akan melenyapkan kenikmatan, iaitu Mati. (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

No comments: